Kau Teman Ku

Tuesday, January 8, 2013

AnaK-anAk Buah aKu daH seMakin MembEsaR dan NAkaL

waRGhHhhhhh lamanya aku x update belog ni.. kali ini aku nk cite tentang si kembar Danish dan Darwisy la...lama dah aku x jumpa kembo..last jumpe masa depa umur 4 bulan skg ni dah 9bulan..mesti dah bijak dan cerdik kembar ni..dan makin ensem tuuuu...
Ni la si Danish.. tgk la gaya dia yang dah mula nak menyakat orang
ni pulak si Darwisy..dia bentuk fizikalnya kecik sikit dari along nya..
mereka ni dah pandai mengajuk orang cakap .. hari tu dia mengajuk opanhnya cakap..opahnya sakit lutut dan mengeluh "adoi"....tau..tau je dgr lak suara kecik comei je bunyi sebut "adoi" gak..kelakar aku rasakan..yang paling rasa hebar la kan..depa ni dah mula rasa cemburu dan iri hati sesama sendiri bila mama, opah or sesapa je la yang hanya layan salah sorang sahaja.. kang ada je yang sorg lagi punya akal..menangis la.. meragas la..

bila mereka dah mula start makan.macam2 la sume nak maasuk dalam mulut..susu pon dah minum banyak..susu badan dah benti da deme ni..
bila dapat maka..haaaa...comot habeh la...

tgk la video ni...si darwisy yang nakal. kononnya nak membantu mama dia la..nak tdo kan abang nya..memang ada je ide nakal darwisy...

ni lak video kembar danish dan darwisy.. melakukan pertandingan sapa dulu dapat selerakkan kain yang mama lipat.hahaha...pemenangnya...hahahaa aku pon xtau sama je rupenya..hahaha...

my big family.. love u all

Wednesday, June 27, 2012

DETAIL DIRI IKUT BULAN KELAHIRAN


JANUARI
Bercita-cita tinggi dan orangnya serius. Suka mendidik dan dididik. Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik. Rajin dan setiap yg dibuat nampak keuntungan. Suka smart, kemas dan teratur. Bersifat sensitif , berfikiran mendalam. Pandai mengambil hati org lain. Pendiam kecuali telah dirangsang. Agak pemalu daya tumpuan yang sangat tinggi. Mudah mendisiplinkan diri sendiri. Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema. Bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamerkannya. Cukup sayang pd kanak-kanak. Suka duduk rumah. Setia pada segala-galanya. Perlu belajar kemahiran sosial. Cukup cemburu yg sangat tinggi.

FEBRUARI
Berfikiran abstrak. Sukakan benda yang realiti dan abstrak. Inteligent, bijak dan genius. Berpersonaliti yg  mudah berubah. Mudah menawan org lain. Agak pendiam, pemalu dan rendah diri. Jujur dan setia pd segalanya. Keras hati untuk mencapai matlamat. Tidak suka dikongkong, mudah memberontak apabila dikongkong. Suka kegiatan yg lasak. Emosinya mudah terluka dan sgt sensitif. Mudah mempamirkan marahnya. Tidak suka benda yg remeh-temeh. Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya. Sangat berani dan suka memberontak. Bercita-cita tinggi dan suke berangan-angan dan ada harapan utk merealisasikan impiannya. Pemerhatian yg tajam. Suka hiburan dan sukan. Suka benda yg bersifat seni. Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran. Berkecenderungan pd benda yg tahyul. Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros. belajar untuk mempamerkan emosi.

MAC
Berpersonaliti yg menarik dan menawan serta mudah didampingi. Sgt pemalu dan pemendam rasa. Sgt baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati. Sgt sensitif pd perkataan yg dituturkan dan alam persekitaran. Suka pada kedamaian. Sgt peka kepada orang lain. Sesuai dgn kerjaya yg memberi khidmat kepada org lain. Tidak cepat marah dan sangat amanah. Tahu balas budi dan tahu kenang budi. Pemerhatian dan penilaian yg sangat tajam. Kecenderungan utk berdendam jika tidak dikawal. Suka berangan - angan. Suka melancong. Sgt manja dan suka diberi perhatian yg sangat tinggi. Kelam kabut dalam memilih pasangan. Suka dgn hiasan rumahtangga. Punya bakat seni dalalm bidang muzik. Kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik. Jgn terlalu moody.

APRIL
Sgt aktif dan dinamik. Cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal. Sgt menarik dan pandai manjakan diri. Punya daya mental yg sangat kuat. Suka diberi perhatian. Sgt diplomatik (pandai memujuk ), berkawan dan pandai menyelesaikan masalah org. Sgt berani dan tiada perasaan takut. Suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah. Emosi cepat terusik. Try control the emotion. Kecenderungan bersifat dendam. Agresif, kelam kabut utk membuat keputusan. Kuat daya ingatan. Gerak hati yg sangat kuat. Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan org lain. Berpenyakit disekitar kepala dan dada. Sgt cemburu dan terlalu cemburu.

MEI
Kekerasan hati & degil, kuat semangat & bermotivasi tinggi, pemikiran yg tajam Mudah marah apabila tidak dikawal. Pandai menarik hati org lain & menarik perhatian. Perasaan yg amat mendalam. Cantik dr segi mental & fizikal. Tidak perlu dimotivasikan. Tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh org lain dan mudah dipujuk. Bersikap sistematik (otak kiri). Suka berangan. Kuat daya firasat memahami apa yg terlintas di hati org lain tanpa diberitahu. Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit. Daya khayalan yg tinggi. Permikiran yg tajam. Pandai berdebat. Fizikal yg baik. Kelemahan sistem pernafasan. Suka sastera,seni & muzik serta melancong. Tidak berapa suka duduk dirumah. Tidak boleh duduk diam. Tidak punya ramai anak. Rajin dan bersemangat tinggi. Agak boros.

JUN
Berfikiran jauh & berwawasan, mudah ditawan krn sikap baik, berperangai yg lemah lembut, mudah berubah sikap,perangai idea @mood, idea yg terlalu banyak dikepala, bersikap sensitif, otaknya aktif (sentiasa berfikir), sukar melakukan sesuatu dgn segera, bersikap suka menangguh-nangguh, bersikap terlalu memilih & mahukan yg terbaik, cepat marah & cepat sejuk, suka bercakap & berdebat, suka buat lawak & bergurau, otaknya cerdas berangan-angan, mudah berkawan & pandai berkawan, org yg sangat tertib, pandai mempamerkan sikap, mudah kecil hati, mudah kena selsema, suka berkemas, cepat rasa bosan,sikap terlalu memilih & cerewet,kurang mempamerkan perasaan, lambat nak sembuh apabila terluka hati, mudah menjadi eksekutif, suka kepada barang yang berjenama, kedegilan yg tidak terkawal, sesiapa yg memuji saya adalah musuh saya tetapi siapa menegur saya adalah kawan saya.

JULAI
Sangat seronok didampingi, Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki, Agak pendiam kecuali diransang.  Ada harga dan maruah diri, tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan, Mudah dipujuk dan bercakap lurus, Sangat menjaga hati orang lain, sangat peramah, emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya, Berjiwa sentimental, jarang berdendam, mudah memaafkan tapi sukar melupakan, tidak suka benda remeh-temeh, bimbing cara fizikal dan mental, sgt peka, caring dan mengasihi serta penyayang, layanan yg serupa dgn semua orang, tinggi daya simpati, pemerhatian yg tajam, suka menilai org lain dgn pemerhatian, mudah dan rajin belajar, suka muhasabah diri, suka megenangkan peristiwa atau kawan lama, suka mendiamkan diri, suka duduk dirumah, suka tunggu kawan tapi tak cari kawan, tak agresif kecuali terpaksa, emah dari segi kesihatan perut, mudah gemuk kawal tak kawal diet, minta disayangi, mudah terluka hati tapi lambat pulih terlalu mengambil berat, rajin dalam membuat kerja.

OGOS
Suka berlawak, mudah tertawan kepadanya, sopan santun dan caring terhadap org lain, berani dan tidak tahu takut, orgnya agak tegas & bersikap kepimpinan, pandai pujuk org lain, terlalu pemurah & bersikap ego, nilai harga diri yg sangat tinggi.  dahagakan pujian, semangat juang yg luar biasa, cepat marah & mudah mengamuk, mudah marah apabila cakapnya dilawan, sangat cemburu, daya pemerhatian yg tajam & teliti, cepat berfikir, fikiran yg berdikari, suka memimpin & dipimpin, sifat suka berangan, berbakat dlm seni lukis,hiburan & silat, sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk, cepat apabila ditimpa penyakit, belajar utk relax, sikap kelam kabut, romantik , pengasih, penyayang, suka mencari kawan.

SEPTEMBER
Sangat bersopan santun & bertolak ansur, sangat cermat, teliti & teratur, suka menegur kesilapan org lain & mengkritik, pendiam tapi pandai bercakap, sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati, sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur, kerja yg dilakukan sangat sempurna, sangat sensitif yg tidak diketahui, org yg banyak berfikir, daya pentaakulan yg baik, otak  bijak & mudah belajar, suka mencari maklumat, kawal diri dari terlalu mengkritik, pandai mendorong diri sendiri, mudah memahami org lain(daya firasat yg tinggi) krn banyak simpan rahsia, suka sukan, hiburan & melancong, kurang menunjukan perasaannya, terluka hatinya sangat lama disimpan, terlalu memilih pasangan, sukakan benda yg luas, bersistematik.

OKTOBER
Suka sembang, suka org yg sayang padanya, suka ambil jln tengah, sangat menawan & sopan santun, kecantikan luar & dalam, tidak pandai berbohong & berpura-pura, mudah rasa simpati, baik pentingkan kawan, sentiasa berkawan, hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama, cepat marah, macam pentingkan diri sendiri, tidak menolong org kecuali diminta, suka melihat dari perspektifnya sendiri, tidak suka terima pandangan org lain, emosi yg mudah terusik, suka berangan & pandai bercakap, emosi yg kelam kabut, daya firasat yg sangat kuat (terutamanya perempuan), suka melancong,bidang sastera & seni, pengasih ,penyayang & lemah lembut, romantik dlm percintaan, mudah terusik hati & cemburu, ambil berat tentang org lain, suka kegiatan luar, org yg adil, boros & mudah dipengaruhi persekitaran, mudah patah semangat.

NOVEMBER
Banyak idea dalam sesuatu perkara, sukar utk dimengertikan atau difahami sikapnya, berfikiran kehadapan, berfikiran unik dan bijak, penuh dgn idea-idea baru yg luarbiasa, pemikiran yg tajam, daya firasat yg sgt halus dan tinggi, bagus utk jadi doktor, cermat dan teliti, personality dinamik, sifat yg berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia, banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra, berani, pemurah setia dan byk kesabaran, terlalu degil dan keras hati, apabila hendak. Diusahakan sehingga berjaya, tak suka marah kecuali digugat, mudah ambil berat terhadap orang lain, pandai muhasabah diri, cara berfikir lain dari org lain, otak yg sangat tajam, pandai mendorong diri sendiri, tidak hargai pujian, kekuatan semangat dan daya juang yg sgt tinggi dan apabila hendak sesuatu cuba sampai berjaya, badan yg tough, kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam, romantik, tidak pasti dgn hubungan kasih sayang, suka duduk dirumah, sangat rajin dan berkemampuan tinggi, amanah, jujur setia dan pandai berahsia, tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi, bercita-cita tinggi, perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah.

DISEMBER
Sangat setia dan pemurah, bersifat patriotik, sangat aktif dalam permainan dan pergaulan, sikap kurang sabar dan tergesa-gesa. Bercita-cita tinggi, suka menjadi orang yang berpengaruh dlm organisasi, seronok didampingi, suka bercampur dgn org, suka dipuji, diberi perhatian dan suka dibelai. Sangat jujur amanah dan bertolak ansur, tidak pandai berpura-pura, cepat marah, Perangai yg berubah-ubah. Tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi, benci pada kongkongan, suka berlawak, pandai buat lawak dan berfikiran dgn logik.

P/S: betul gak klu di kaitkan dgn bulan kelahiran AKU ni..hahahaha

Monday, June 25, 2012

YeAhhHHH...aKu daH jadi Mak CIk a.K.a Mak Ude


kakak aku dengan anak kembo sulungnya.. DANISH


Darwisy dengan gaya membelasah alongnya..cian kat along...huhu

dH lama Aku x update post kT dalam Blog aku ni..Kali ni Aku nk update pOSt ttg anak buah Aku yg pertaMA iaitu si Kembar Danish & Darwisy... tAnggal 18/4/2012 c kemBor ni seLAmat diLAhirkan di Hosp. Teluk Intan, Perak.. selaMAt juga la Mereka utk melihat dunia..pada mulanya, time akak aku peknen, doktor sah kan akk aku ni peknen kembar sepasang... kembo laki & pompuan la kiranya..kita orang adik beradik punya la excited sbb dpt sepasang...siap stand by nama babies utk sepasang la..mcm2 nama la yg ada..tup..tUUPp..Tupp.... tiba hari yang dinantikan...keluarlah dua-dua lelaki..terpaksa lah kena tukar nama bg sepadan kedua-duanya... si Abang nama Muhammad Irfan Danish & yg adik pula Muhammad Irfan Darwisy.. Kenapa perlu ada nama Irfan?? Mesti korang pon tertanya-tanya..sedangkan kami panggil danish dan darwisy je.. Al-Kisahnya, nama asal kembo masa dalam perut mama dia yang selalu arwah abah aku panggil time dia sakit adalah Irfan manakala yang pompuan pulak arwah abah panggil Iffah..Kononnya, bila depa keluar dapat lah arwah abah aku panggil dengan nama tu.. Tapi, ALLAH lebih sayangkan abah.. maka abah taK Dapat la TengOK cucu-CUcunYa.. Bila keluarnya dua-dua Lelaki, jadi kakak aku pon bagi la nama yang sepadan tuk kembo dan masih mengekalkan nama panggilan Irfan tu..

Danish pandai buat mata dah.. muka ikut arwah tokwan sebijik..gaya dia pon ada ikut gaya arwah..


Danish



Kembo ni klu ikutkan lahir lambat lg..tp di sebAbkaN saLah seorAng daripadanya mengAlami masAlah ketika Dalam Kandungan, terpakSaLAh doktor operate tuk Selamatkan babies.. Masa lahir, si adik Darwisy sangat lemah kerana lemas dalam kandungan dan di masuk ke kotak inkubator.. selang beberApA hari si Adik dipindahkan ke ICU kanak-kanak kerana seSak NAfas. si Abang Danish ok tapi cume ada masalah pembentukan hati..hati membentuk tidak lengkap..so, kerap la abg sesak nafas.

Along & Angah kena Demam Kuning..


darwisy bebrapa hari lepas melihat dunia

Darwisy dah membesar..


 depa ni nama je kembar..tapi dari kecik ni dah nampak dah perbezaan perangai masing-masing.. si danish ni jenis yang manja. terutama dengan mamanya.. darwisy lak tak kisah dengan sape pun xpe..janji  ada orang.. BAB minum susu ni, Danish la hebat..hahaa..dia ni tak nak langsung minum susu tepung (susu formula). kalau dia minum je, mesti menyembur habis susunya.nak minum susu badan saja..klu susu badan yang di pam dalam botol pon dia taknak minum..ish..ish..ish..danish..danish..memilih ye..

Danish..rambut lebat dari lahir lagi
 Darwisy pula jenis yang tak kisah sangat.. bagi je dia botol janji berisi air.. habis semua dia minum..susu tepung ke, air ubat ke, madu lebah ke..semua boleh dia tu..tapi dia ni aktif sikit berbanding danish..walaupun badan dia kecik sikit dari danish..
Habis susu di minumnya..


kecik-kecik depa ni dah pandai tau jeles..hahaha..tak boleh tengok kalau salah seorang kena dukung jalan-jalan..kang mesti seaorang lagi menjerit.. dan si darwisy ni memang hero la dalam bab menyakat si danish ni..ada je idea nakal dia ni..mimik muka dia pon dah menunjukkan kenakalannya..
berkawan baik ni..

HAAAA!!!! kan dah menangis si danish kena buli dengan darwisy... buat muka  tak bersalah je dia pas buli along dia..

 alahai..geram je la aku dengan anak buah aku ni..maklumla ini la anak buah yang pertama aku..cucu sulung mak aku la katakan.. dapat lebih perhatian sikit la..


Buat2 tido lepas mamanya tukar pampers..tak nak kena bedung la tu..

Tengok..kena bedung juga dengan mama nya..hahahahaa

 makin hari makin berisi danish dan darwisy ni..tengok dalam gambar badannya BaM-BAm..tapi hakiKAtNya KeCIk je  badaNnYA.. kenduri cukuR JAmBuL pun baru di bUAt di kampung AbahNya.. Teluk Intan..selepas semuanya ok, mamanya habis pantang.maklumla orang bersalin operate ni...
NaiK endoi..Opahnya datang melawat..Muka si Darwisy senyum je..rinDu opahnya la tu..

selang beberapa hari majlis naik endoi..rambut di kepala mereka masih terselamat lagi daripada di botak..hahaahahaha...boleh jalan-jalan lagi pergi rumah opahnya..selepas tu habis lah rambutnya..kepalanya botak licin di cukur oleh abahnya..
Along yang khusuk dan suka apabila pakcik dia mengacahnya..tapi c angah pulak mengusik along..


yeayyyy!!!! kepala Kami Dah botak Licin..hehehe


P/S: belum diberikan rezeki untuk aku memiliki zuriat sendiri lagi.. sebab.... aku belum bertemu jodoh lagi.. JODOH PERTEMUAN....rezeki.. SEMUANYA ALLAH yang aturkan...



Friday, July 22, 2011

Bestnya Berkunjung ke Kampung Halamanku ---> Teluk Batik

POHON-POHON yang rendang di sepanjang hamparan pantai menjadikannya ideal untuk aktiviti berkelah. WALAUPUN pemanduan dari Kuala Lumpur ke Teluk Batik mengambil masa kira-kira empat jam, warga kota yang mencari detik ketenangan dan riadah bersama keluarga tetap menjadikannya pilihan popular destinasi percutian di negeri Perak.

Keletihan mengharungi perjalanan jauh itu bertukar tenang apabila akhirnya berpeluang untuk bersantai di tepi pantai sambil menikmati hembusan bayu segar dan deruan ombak di pantai berkenaan.

Terletak kira-kira enam kilometer dari bandar Lumut, Teluk Batik sentiasa dikunjungi pelancong dari dalam dan luar negara yang mahu menikmati keindahan pantainya dan kepelbagaian aktiviti yang ditawarkan.

MUZIUM SIPUT adalah salah satu daripada lokasi yang wajib dikunjungi.

Menurut sejarah, pada mulanya, ia dikenali sebagai Teluk Batak disebabkan kehadiran kaum Batak yang berasal dari Sumatera di kawasan itu suatu ketika dahulu.

Diceritakan, kaum Batak telah menjadikan kawasan itu sebagai tempat berlindung daripada serangan lanun dan perompak yang bermaharajalela di sekitar laluan Selat Melaka.

Lama-kelamaan, kawasan sekitarnya telah menjadi penempatan kaum Batak di Perak. Namanya terus kekal sebagai Teluk Batak sehinggalah sekitar tahun 70-an, apabila ia diubah secara rasmi kepada Teluk Batik.

Untuk tiba ke sini, pengunjung boleh mengikuti laluan simpang Teluk Muroh yang terletak berhampiran Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia.

Kehadiran penunjuk arah yang terpampang di sepanjang laluan nyata memudahkan pemanduan.

Pantai redup

PELBAGAI prasarana baru seperti Dataran Hadhari ini menceriakan kunjungan.

Keunikan Teluk Batik terletak pada hamparan pantainya yang memutih di samping penyediaan pelbagai kemudahan untuk keselesaan pengunjung.

Pohon rhu yang tumbuh meliar di kawasan pantai nyata meredupkan pandangan. Pantainya yang bersih menjadi tarikan untuk pengunjung berkelah, bermandi-manda mahupun menyertai sukan pantai. Antara sukan popular adalah bola tampar pantai dan juga bola sepak pantai.

Pengunjung juga boleh mencuba aktiviti kayak dan menaiki bot untuk bersiar-siar mengelilingi landskap teluk itu.

Selepas puas membasahkan diri di pantai, pengunjung boleh meluangkan masa untuk meninjau gerai kraftangan yang terletak berhampiran. Pelbagai cenderamata seperti kemeja-T, baju batik, pario dan topi dijual pada harga berpatutan.

DERETAN kedai kraftangan dan cenderamata menyambut pengunjung yang mahu membeli-belah.

Jangan lupa membeli pelbagai produk laut seperti sate ikan, sotong dan ikan bilis kering sebagai oleh-oleh untuk dibawa pulang.

Jika perut berasa lapar, usah risau kerana terdapat deretan gerai makanan dan minuman yang menawarkan pelbagai variasi hidangan untuk menyambut selera pengunjung.

Tidak lengkap kunjungan ke Teluk Batik sekiranya tidak melawat Muzium Siput yang terletak berhampiran. Dengan seni bina rumah Melayu tradisional, muzium itu menyimpan lebih 300 spesies siput dan cengkerang yang terdapat di negara ini.

Biarpun dikenakan sedikit bayaran, namun pelbagai maklumat yang dikutip sepanjang lawatan ke muzium itu nyata berbaloi. Secara tidak langsung, kunjungan ke sini dapat mendidik pengunjung menghargai khazanah marin negara.

Pengunjung juga boleh mencuba pengalaman snorkeling ketika melawat Snorkeling Park. Ia merupakan taman tema pertama seumpamanya di Malaysia yang khusus untuk penyelam-penyelam yang mahu melihat keindahan hidupan laut walaupun berada di darat.

Dibuka setiap hari dari pukul 9 pagi hingga 6 petang ia menawarkan pelbagai pakej yang sesuai untuk pelbagai kumpulan dan peringkat usia.

Bagi pengunjung yang ingin bermalam, Teluk Batik menawarkan pelbagai bilik dan calet yang boleh disewa dengan kadar berpatutan. Antaranya ialah, Teluk Batik Resort, Marina Cove Resort, Crystal Bay Chalet, Impian Chalet dan Chalet Pak Man.

kredit : kosmo.com.my